Saturday, 28 April 2012

Hari Ini, Kuala Lumpur Kucar Kacir

 Aku cukup kecewa, kecewa dengan sikap segelintir manusia yang tidak punya akal fikiran yang cukup tinggi lagi-lagi orang kita orang Melayu, orang Islam. Kita yang telah dididik dari lahir didunia mana baik buruk, rupanya dah besar panjang mereka ini masih tidak tahu mana baik dan mana buruk. Inilah dia bangsa-bangsa yang tidak rajin atau tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada selama ini. Mereka ini cuma mementingkan diri sendiri. Aku bukan orang politik dan aku bukanlah disebelah mana-mana pihak berkenaan tetapi aku amat bersedih dengan apa yang berlaku dengan hometown sendiri. Lebih kurang 250,000 orang telah berhimpun ke Dataran Merdeka untuk menegakkan pendirian mereka dan berjuang bertarung nyawa untuk mendapat apa yang dikehendaki. Polis dan FRU ditugaskan untuk menyekat sebahagian jalan di KL sejak semalam lagi (27th April) bagi mengawal keadaan yang menjadi huru hara haru biru. Walaupun aku tiada ditempat kejadian, cukuplah cuma dilihat dari youtube, ramai yang tercedera, sampai kereta polis pun diterbalikkan oleh mereka yang otaknya kuning seperti baju yang mereka pakai untuk berhimpun. Ini semua sebab pembangkang akan sentiasa membangkang dan pemerintah akan sentiasa memerintah. Ini semua konspirasi dan agenda masing-masing. Rakyat disuntik dengan info-info dan diluahkan dengan kata-kata hasutan untuk memperjuang demi bangsa dan negara. Politik will never end. Aku bukan orang pandai tapi aku boleh berfikir seperti mana orang yang tidak mengikut himpunan haram ini. Kuala Lumpur tidak pernah aku lihat seperti apa yang aku saksikan pada tanggal 28 haribulan April tahun 2012. Perbuatan ini membuatkan Allah SWT lebih marah dan Dia ingin melihat umat-umatNya bersyukur dan kembali lah pada Agama, iaitu Agama Islam. Bukankah Solat itu tiang agama? Agama tidak pernah mengajar kita berkasar, bermaki-hamun dan terjerit-jerit. Tidak pernah sama sekali. Agama kita adalah agama yang menyelesaikan masalah. Kalau ada yang tak puas hati, tadah tangan mintak dan berdoa pada-Nya. Itulah cara yang sebetulnya tetapi hakikat seseorang manusia itu memang diluar jangkaan. Ada yang tidak sabar, ada yang memberontak dan ada-ada sahajalah. Jadi sifat-sifat ini adalah bukan daripada sifat-sifat Islam. Let us all think for a little while, think back our roots, dimanakah asal kita, apa yang kita telah belajar selama kita hidup didunia yang sementara ini, apa yang kita pernah dapat, pernahkah kita bersyukur, apa yang kita tak dapat, pernahkah kita berdoa pada-Nya? Apa yang telah jadi hari ini, kita ambil sebagai pelajaran, teladan, iktibar, faedah dan segala bentuk positif, mudah-mudahan keadaan akan kembali normal dengan keizinan Allah SWT. Kita sama-sama doakan Malaysia kita aman damai walau berbilang kaum sekali pun. Hari ini, kita sudah menunjukkan pada seluruh dunia betapa teruknya politik negara baik pembangkang dan pemerintah. Akhir kata, lima jari ku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan kata-kata yang pedas lagi berkias. Allah itu Maha Besar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


Orang Islam bergaduh dengan orang Islam
Orang Kafir ketawa terbahak-bahak
Bila orang Kafir sudah meraikan gembira
Orang kita lupa untuk bersalam-salaman. 

Hari ini, Hari Sejarah, 
Kuala Lumpur Kita Mundar Mandir, 

Kucar Kacir.... 


Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment