Saturday, 28 April 2012

Hari Ini, Kuala Lumpur Kucar Kacir

 Aku cukup kecewa, kecewa dengan sikap segelintir manusia yang tidak punya akal fikiran yang cukup tinggi lagi-lagi orang kita orang Melayu, orang Islam. Kita yang telah dididik dari lahir didunia mana baik buruk, rupanya dah besar panjang mereka ini masih tidak tahu mana baik dan mana buruk. Inilah dia bangsa-bangsa yang tidak rajin atau tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada selama ini. Mereka ini cuma mementingkan diri sendiri. Aku bukan orang politik dan aku bukanlah disebelah mana-mana pihak berkenaan tetapi aku amat bersedih dengan apa yang berlaku dengan hometown sendiri. Lebih kurang 250,000 orang telah berhimpun ke Dataran Merdeka untuk menegakkan pendirian mereka dan berjuang bertarung nyawa untuk mendapat apa yang dikehendaki. Polis dan FRU ditugaskan untuk menyekat sebahagian jalan di KL sejak semalam lagi (27th April) bagi mengawal keadaan yang menjadi huru hara haru biru. Walaupun aku tiada ditempat kejadian, cukuplah cuma dilihat dari youtube, ramai yang tercedera, sampai kereta polis pun diterbalikkan oleh mereka yang otaknya kuning seperti baju yang mereka pakai untuk berhimpun. Ini semua sebab pembangkang akan sentiasa membangkang dan pemerintah akan sentiasa memerintah. Ini semua konspirasi dan agenda masing-masing. Rakyat disuntik dengan info-info dan diluahkan dengan kata-kata hasutan untuk memperjuang demi bangsa dan negara. Politik will never end. Aku bukan orang pandai tapi aku boleh berfikir seperti mana orang yang tidak mengikut himpunan haram ini. Kuala Lumpur tidak pernah aku lihat seperti apa yang aku saksikan pada tanggal 28 haribulan April tahun 2012. Perbuatan ini membuatkan Allah SWT lebih marah dan Dia ingin melihat umat-umatNya bersyukur dan kembali lah pada Agama, iaitu Agama Islam. Bukankah Solat itu tiang agama? Agama tidak pernah mengajar kita berkasar, bermaki-hamun dan terjerit-jerit. Tidak pernah sama sekali. Agama kita adalah agama yang menyelesaikan masalah. Kalau ada yang tak puas hati, tadah tangan mintak dan berdoa pada-Nya. Itulah cara yang sebetulnya tetapi hakikat seseorang manusia itu memang diluar jangkaan. Ada yang tidak sabar, ada yang memberontak dan ada-ada sahajalah. Jadi sifat-sifat ini adalah bukan daripada sifat-sifat Islam. Let us all think for a little while, think back our roots, dimanakah asal kita, apa yang kita telah belajar selama kita hidup didunia yang sementara ini, apa yang kita pernah dapat, pernahkah kita bersyukur, apa yang kita tak dapat, pernahkah kita berdoa pada-Nya? Apa yang telah jadi hari ini, kita ambil sebagai pelajaran, teladan, iktibar, faedah dan segala bentuk positif, mudah-mudahan keadaan akan kembali normal dengan keizinan Allah SWT. Kita sama-sama doakan Malaysia kita aman damai walau berbilang kaum sekali pun. Hari ini, kita sudah menunjukkan pada seluruh dunia betapa teruknya politik negara baik pembangkang dan pemerintah. Akhir kata, lima jari ku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan kata-kata yang pedas lagi berkias. Allah itu Maha Besar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


Orang Islam bergaduh dengan orang Islam
Orang Kafir ketawa terbahak-bahak
Bila orang Kafir sudah meraikan gembira
Orang kita lupa untuk bersalam-salaman. 

Hari ini, Hari Sejarah, 
Kuala Lumpur Kita Mundar Mandir, 

Kucar Kacir.... 


Assalamualaikum

Thursday, 5 April 2012

Cerita Bangkok

 Okay! Regarding post lepas, sebelum aku berangkat ke BKK (Bangkok), aku berjaya beli tiket dari Agoda.com dengan harga RM500 untuk 4 Hari 3 Malam kat Grass Suites area Thonglor. To cut the story short, yes apa yang aku usha kat Google, memang sama lah tempat ni. Tapi sebelum aku cerita pasal hotel, aku cerita dulu dari traveling day part ayte? Ok so, hari selasa tu aku tido lambat gila nak dekat kul 5am aku baru dapat lelap, dan aku bangun pukul 6 pagi siap-siap semua, mintak tolong adik aku hantarkan kat KL Sentral. Plan nak amek Sky Bus, tapi dah nampak ERL tu alang-alang cepat je sampai kan, aku pun amek la ERL. Stengah jam tu sampai la LCCT, luggage check in selamat, dapatkan boarding pass pastu masuk dengan tak banyak fikir. Sebelum flight tu terasa lapar plak, duit RM takde sebab dah tuka Thai BHT, kitorang ada RM4 je tinggal, ape yang aku boleh beli ialah satu tin Nescafe ngan Donut, share 2 orang. Flight kul 8.20am, dalam plane aku ngan wife bantai tido je sampai lah ke destinasi, apa sangat yg boleh buat atas kapal terbang tuh?

 Sampai BKK pukul 09.30am, sini ngan sana beza sejam, sana lambat sejam ngan sini. Habis settle amek luggage, keluar je aku terus on roaming aku, beli simcard prepaid sana (1-2 Call) pastu call membe aku nama dia "Bank" tanya apa cite. Dia pun bagitau lah direction nak ke Thonglor tuh. Aku kena amek train ala-ala ERL kita tu la yang memang ada kat basement airport diorang, berjalan lah kami kesana. Dari airport berhenti kat station Phaya Thai, tukar train BTS lak (macam LRT kita) bergerak pulak ke station BTS Thonglor. Perjalan tu agak makan masa dalam sejam jugak lah. 11am aku dah sampai Thonglor. Aku call Bank lagi, dia cakap amek teksi gi hotel. Aku pun tahan la teksi, communication kat sini memang breakdown, sakit hati pun ada nak communicate ngan diorang ni sebab English bukan 2nd language diorang. Aku pun tunjuk la info hotel yang telah di print awal sebelum gerak BKK. Baru la teksi tu paham, rupa-rupanya dari station tu sampai hotel, alamak 5 minit jer lah... tapi berbaloi la naik teksi sebab aku dengan bag bagai. Sampai hotel, aku pun tengok hotel ni macam menarik boleh tahan, okay check in. Masuk je bilik, aku tersenyum lebar... Bilik bapak besar, aku ingat hotel biasa je, rupanya complete lah ngan living room, dapur masak, extra toilet, peti ais, siap ngan washing machine lah! Lagi ada master bedroom, aku pikir ni da macam suites, so memang studio suites la. Memang okay sangat la aku no komen. Puas hati.

 Bangkok is a very busy busy town. Mostly aku pegi memana sure penuh dengan orang, nak kata hotspot tak jugak, tapi penuh lah dengan orang, everyone is hunting for something gitu. Sana plak tengah nak high season balik sebab Songkran Festival is coming soon, so banyak lah mat salleh dan pengunjung-pengunjung lain berjalan-jalan, tu yang ramai tu kot. Kat sana aku travel naik moto taxi je, teksi pakai moto kapcai, murah gile.. Skali naik, 2 inggit, depends on distance la but mostly short distance. Sana aku sarankan dan tegaskan tolong la jangan naik Tuk-Tuk tuh, nampak je comel tapi driver dia kuat ketuk tuh, nak nak dia tau kita bukan local, memang dia ketuk sampai aku nak ketuk kepala dia balik. Teksi okay, diorang pakai meter tapi jawapnya memang stuck je la atas jalanraya sebab sana punya traffic jammed, 5 kali teruk dari kita. So it's better to travel with moto taxi or their BTS, easier! Dari tempat aku Thonglor, aku naik BTS berhenti kat Siam (nama station tu, bukan Siam kat Golok tu) ngam ngam berhenti kat shopping mall, Siam Paragon, macam naik KL Monorail berhenti kat Bukit Bintang lah. Siam Paragon tu kalau korang pegi, 3 hari pun tak habis tawaf, memang besar gila mall tu. Barang2 pulak up to date, kedai mewah ada, kedai ala-ala pun ada. Aku jalan-jalan tengok-tengok je, not bad barang-barang sana, kasut Vans semua rare je kat KL takde dan mcm2 lagi la. Kat sana Bank ngan kawan-kawan Thai semua bawak banyak tempat, makan sini makan sana. Bab makan lak, aku Bismillah tawakal je la kat Allah, janji apa yang aku makan tu bukan Babi. Aku cakap kat Bank aku nak potong rambut sebab aku rimas dan panjang sikit. Kebetulan membe nama dia Ouwen tukang potong rambut, lupa lak aku. So Bank bawak aku kedai Vintage ni and dalam kedai tu jugak ada space kecik utk potong rambut, macam cool jer aku tengok. So potong je la slamber, takde kena bayaran plak, on his treat la katakan. Amin, rezeki tu. So itu la aku kat BKK mcm tu je la jalan-jalan carik pasal jer.

 TAPI!!!!!! Last day kat BKK, mood aku down sikit lah, masa nak check out tu boleh plak hotel tu extra charge aku. Diorang charge ada 2 towel kotor dan tak boleh hilang lepas basuh, plus satu gelas pecah. Okay gelas pecah tu aku boleh bayar, tapi towel kotor tak boleh basuh hilangkan kotor tu memang tak logic langsung lah, mana ada hotel charge macam ni kat customer kan? So aku call Bank suh dia slow talk ngan orang hotel tu, orang hotel tu berkeras jugak. Aku tanya Bank apa cite, Bank cakap sorry tapi kena bayar jugak sebab diorang tau aku ni bukan local. It means, they took advantage for those 2 towels that claimed they can't clean it. What the FFFFFF betol la kan. Kat situ aku tak puas, muka da macam tikus busuk, duit aku plak time tu memang tinggal last je nak layan Spa before gerak airport. Nak tak nak aku kena bayar lah! Aku pun bayar RM150 and blah! Dengan cuaca panas nya, amek teksi gerak ke kedai Vintage tu, taruk bag sume sana, pastu gi last minit shopping yang tak seberapa sangat sbb duit dah melayang ke extra charge tu. Aku memang marah time tu, muka tak leh nak senyum. Tapi aku terima je la sebab aku kat tempat orang kan? Pengajaran je tu... At 5pm, membe Thai nama dia Pompam, dia la yang hantar kami kat airport. Flight balik aku kul 8.20pm. Itu la sedikit sebanyak pengalaman aku untuk BKK Trip kali ni. Masa pegi memang caya, closing slack sikit la but overall we had fun seeing the Busy Bangkok :)

Angau Tak Habis-Habis

 Teruk la aku macam ni kalau angau tak habis-habis. Boleh kata tiap-tiap hari aku angau dek topik yang sama. Topik apa? Apa lagi? Topik aku nak beli moto besa ler! Aduh, kalau macam ni aku memang kena usaha lebih lagi, moto yang aku nak sangat tu memang terbayang jer dalam kepala. Macam dah takde benda lain nak difikirkan lagi. Everyday bukak youtube, forum dan apa saja lah yang ada kait-mengait ngan moto yang aku nak ni. Walaumacamanapun aku tetap sabar, sabar menanti hari yang akan tiba, insyaAllah. Nak memiliki moto besa ni bukan senang rupanya, banyak halangan dan tempuhan aku kena lalu dulu (untuk aku je laaa, orang lain rilek je beli pakai lenjan). Takpe, kalau takde arah melintang, satu hari aku pasti akan memilikinya dan dengan bangganya aku park kat depan umah orang tua aku. Sebab orang tua aku cakap "angan-angan je lah". Aku pun sambil senyum dan berkata dalam hati "takpe, satu hari nanti, satu hari nanti".... Biarkanlah aku angau sebegini rupa teruknya. Namun ada step-step yang aku plan untuk mendapatkan moto ni. Bukan mudah, menyusun tangga ke angkasa, ek eh... Proses yang agak mengambil masa ini akan ku ambil kira setiap detik yang berjalan. Target bila tu memang takde and Wallahualam but I just need to believe in faith. 

 Post aku yang lepas-lepas aku ada mention nak keluarkan kereta aku yang dah lama terbengkalai dalam MBSJ oleh kerana kena sita ngan diorang. 1st step aku dah berjaya keluarkan kereta tu dengan membayar sejumlah wang dan agak kopak jugak nak membayarnya tu. Bulan ni memang aku makan pasir lah. Apa pun kereta tu skarang Alhamdulillah dah masuk bengkel, mekanik aku cuba try tengok2 apa yang patut kena repair, nanti dia kasi aku quote. Petang tadi aku ada call dia tanya apa progress, and dia cakap kereta tu dah boleh start dah tapi masalahnya dia perlukan upfront sikit untuk dia proceed the next progress iaitu membikin kunci kereta yang ntah kemana hilangnya pergi. Ujung bulan je la jawapnya aku boleh kasi upfront tu kat dia. Bila dah settle kereta tu diperbaiki, aku ingat nak tolak kereta tu, balance kereta tu ada lagi RM15k lebih kurang 3 tahun lagi kena bayar. Adalah lebih elok aku tolak kereta tu and baru la aku boleh fikir macam mana nak apply loan untuk moto impian aku. Harap-harap, loan tu biar lepas la, kalau loan tu tak lepas, memang hancur lah angan-angan aku tinggal angan-angan jer. Sedihnya kalau camtu, tapi takpe lah aku sentiasa berdoa semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah. Oh yea, mungkin lepas kereta ni settle aku dah boleh start fikirkan untuk amek lesen B-Full. Wah kalau ada lesen B-Full ni, lagi berkobar la semangat aku nak bermoto ni kan. Dalam bidang permotoran, aku masih dibawah, moto kapcai pun aku jarang-jarang bawak, tapi aku ada basic la, boleh la bawak. Selok-belok atas jalanraya naik moto ni pun aku bukan nya biasa, itu yang aku nak biasakan dan banyak lagi aku nak belajar sebab aku start start je terus nak pakai moto besa, orang lain pakai moto besar sebab diorang upgrade dari kapcai ke moto besa. Banyak rintangan jalanraya di luar sana tu, jalan jammed tu biasa sangat, hujan lebat ape lagi, naik turun bukit semua kena tempuh. So itu pun aku amek sebagai satu cabaran jugak untuk aku. Tujuan aku nak ada moto besa ni bukan nya nak race-race kona baring tak ingat dunia dan family. Aku cuma nak ride dengan rasa freedom, make friends with other bikers ke, saja nak carik pengalaman berbeza dari lifestyle aku skang. Mana tau dari situ aku boleh lari dari social nightlife disorder aku ke kan, lagi elok. Kalau nak diceritakan pasal topik ni sampai bila pun tak habis, jadi kita tengok je lah macam mana nanti, ada ke takde rezeki aku nak dapat moto ke tak ni semua kita tak tau. Kita nantikan saja lah dengan penuh kesabaran. Aku habis kan post ni kat sini dulu ok? Assalamualaikum