Monday, 4 June 2012

Imbasan Mu Menyakiti Mu....

 JANGAN sesekali mengimbas kembali perkara yang perit kerana keperitan itu akan memakan dirimu sendiri. Biarlah apa pun yang terjadi sebelum ini kerana ku mengerti kesakitan pada dirimu itu. Aku memohon supaya jangan dikenang kerana ia tidak membantu kita menyelesaikannya lagi. Cara-caranya cuma lupakan sahaja semua itu. Memang kataku mudah tetapi sukar bagimu, akan tetapi engkau harus cuba dan mencuba. Sama-sama kita menuju kehadapan menikmati hidup didunia yang sementara ini. Sama-samalah kita menegakkan rumahtangga yang hampir berpecah-belah. Sesungguhnya berpecah-belah itu adalah perkara yang sangat buruk dan kejam. Berdoalah kita pada-Nya supaya hubungan kita kekal selamanya. Terimalah aku kerana aku dan akan ku terima engkau kerana engkau. Sudahlah sayang tak perlu lagi kita bersengketa dengan perkara yang lepas. Aku sangat mencintai dirimu dan aku harapkan yang sama bukan harapkan engkau mengimbas kesalahan diriku yang tidak sempurna. Aku selalu bertadah dua tangan dan meminta supaya kita akan menjadi satu pasangan yang bahagia. Aku telah belajar dari kesilapan dan tidak akan sekalipun aku akan terjunkan diriku kembali disitu. Aku cuba ubah diriku untuk kebaikkan sekeluarga dan semua ini untuk kita. Tapi jika engkau berdendam dan masih membuat imbasan yang tidak kemana ini, ia sangat sangat tidak membantu dari apa segi bentuk sekalipun. Imbasan ini juga akan memakan dirimu dan hatimu. Sakit, sakit bila di imbas. Kita perlukan antara satu sama lain dan bukanlah sampai tidak bertegur siapa. Kita ini halal, dan tidak manis jika ada yang duka. Berhentilah, sudahlah, cukuplah wahai sayangku. Ayuh kita kejar apa yang ada dihadapan. Sekerat kisah ku luah kan disini hanya untuk bersama dengan mu selamanya... 


Yang Benar,
Aku