Sunday, 25 March 2012

2 Days To Go

 Hey there! Ada 2 hari lagi aku nak berangkat ke Bangkok, cuti-cuti jalan-jalan carik pasal saja ngan isteri. So far hotel dah book from Agoda.com. A very useful site in order to book hotels, ada promotions, murah dan senang. Just sign up a profile, fill in your details and boleh bayar thru credit cards, Maybank2u or any other online bankings. Aku choose hotel Grass Suites Thonglor sebab design dia unique and pretty modern. Nak tengok? Nah aku taruk sikit gambar2 hotel ni... 


Eat. Sleep. Play

Hotel Entrance

Studio Suites


 So yang unique nye this place, entrance dia punya building, diorang decorate dengan rumput as you can see all the greeny grassy at the entrance, well I never been there but recommended by a Thai friend so aku cuba je lah. Price also not bad, about RM136 per night. Ok la tuh, murah dari hotel2 kat KL ni plus hotel ni 4 Stars. Anyway, gig aku kat Koh Chang cancelled by the organizer, sebab tu aku decide untuk lepak je kat BKK, tiket semua pun dah beli, cuti dah approve, so terbang je la lepak. Thonglor ni nama daerah, kat sini banyak kemudahan, makanan pun sedap kata member aku, ada Siam Square shopping mall besar giler, tu yang aku nak check out. Memandangkan seluar dan baju harian aku dah berkurangan, bajet ingat nak beli la sikit untuk keperluan. Consider ni trip getaway kejap la dari town yang busy dan kerja yang kusut kat office. So yeah that's all about it, 2 days to go and off we go to Bangkok, Thailand. Hope you enjoy your coming weekend. Daa.... 

Monday, 12 March 2012

Kiri Kanan Depan Belakang


Ke kiri salah,
Kanan pun salah,
Apa yang engkau jengah,
Tak habis-habis berlengah.


Ke belakang susah,
Ke depan sedikit payah,
Apa yang menggelabah,
Senang-senang singgah lah.


Ke atas engkau suka,
Ke bawah engkau tak menjangka,
Bila engkau hendak ke sana,
Jangan lupa aku nak ikut sama.


Kiri kanan melintas jalan,
Sedar-sedar ada didepan,
Fikir-fikir hendak berpacaran,
Sedar-sedar cuma angan-angan.


Sampah dibuang, daun kering disapu,
Bulan terang belaka dimalam kalbu,
Begitulah desas-desus cerita hidupku,
Terasa diri dihimpit batu.

Welcome To The Club

 Alhamdulillah akhirnya adik aku tak lama lagi nak kawin. Setelah 4 tahun diorang bercinta, 3 bulan lagi kalau takde arah melintang, akan di ijab kabulkan. Aku respect, aku kagum dan aku bangga finally dia nak kawin. Pernah satu ketika dulu aku tercakap kat dia "kalau lu kawin, gua payung videography". Namun dia masih mengingati apa yg terkeluar dari mulut aku, sampai aku pun tak perasan kalau-kalau ada aku cakap macam tu. Jadi aku terpaksalah memakbulkannya. Adik aku ni, dia lah blood-brothers aku, dia lah tempat aku mengadu masalah aku, dia lah ketawa aku dan dia lah paling ngam ngan aku. Kalau tak jumpa satu hari pun, mesti dia BBM aku, atau aku pun mesti BBM dia. Dari kecik memang ngam ngan dia, berkelahi sama, suka sama, semua sama. Sampai kadang-kadang member cakap korang ni asal tak macam adik-beradik lain? Kitorang pun senyum je. Tak lama lagi, dah nak kawin. Aku doakan hubungan dia ngan bakal isteri berkekalan. Diorang memang serasi bersama, elok la tuh. Katanya, nak duduk ngan aku skali serumah sebab takkan nak duduk ngan mak bapak aku ngan atuk opah aku skali kat Shah Alam ni. Aku cakap ngan dia tak kisah, duk la umah aku. Cuma aku bagi komitmen yang sangat rendah. Ada sebab aku bagi tu, biarlah aku sendiri je yang tau. Yang memeningkan kepala aku ni, kos videography yang member aku quote ni agak mahal dan aku masih usaha bagaimana caranya untuk aku settle kan kos tuh. Itu takpe, kalau ada rezeki, InsyaAllah aku boleh settle. May ni pun banyak benda aku nak settle. Tu yang pening sikit. Bedal lah. Aku harap, adik aku boleh carry marriage ni sampai bila-bila. Tahniah Zakwan Azizan.

What's Up Bro?

 Sekian lama aku menyepi seketika dari blog melalui kehidupan harian seperti biasa. Siang malam terjaga tidak pasti apa yang dijaja. Kita sering terfikir bagaimana caranya untuk kita perbaiki diri yang sentiasa rasa tidak puas dengan sesuatu. Namun masih ada jalannya yang pasti kita harus cuba dan terus cuba. Baru-baru ini aku digemparkan dengan berita yang sangat gembira, aku bersyukur terhadap-Nya kerana memberi pemberian yang amat bermakna ini. Alhamdulillah. Aku tidak sabar untuk menunggu penghujung bulan April ini kerana ada segelintir masalah yang timbul dari dulu lagi, aku nak settle kan cepat. Sebab benda ni adalah benda yang membebankan hidup aku selama ini yang membuat aku murung tak diketahui orang lain. InsyaAllah, lepas settle semua ni aku kembali senyum dan harus berjaga supaya tidak mengulangi kesilapan sama. Kesilapan itu biasa, semua manusia ada silapnya tersendiri. Aku harus berjimat, ada banyak benda aku target dan aku akan score jugak . Harap-harap semua berjalan lancar seperti mana yang aku plan. Bulan January dan February ni aku tak berapa sibuk jadi aku banyak berada dengan keuarga. Bulan March, kesibukkan di tempat kerja akan kembali dengan penyusulan bermacam-macam program. Tapi, hujung bulan April ni aku ada perancangan tersendiri oleh kerana mungkin sudah tiba masanya aku nekad untuk bertindak demi kebaikkan dan kesihatan diri. Perasaan ini memang sukar untuk  aku lalu dan setiap hari aku telah memikirkannya. Fikir punya fikir, kusut punya kusut, alang-alang kalau syarikat cover untuk medical, aku bertindak sahajalah dengan perasaan redha dan kesakitan ini harus diperbaiki juga perasaan ini harus ditamatkan. Aku tidak memberi tahu sesiapa tentang ini melainkan keluarga. Tak kisah lah, aku berdoa agar semuanya lancar. 

 Hujung bulan March ni, aku excited. Aku akan ke Koh Chang buat kali ke dua dengan isteri tercinta dan mungkin kawan aku akan ikut sama teman aku. Aku kesana kerana ada offer member dari Bangkok mintak aku "spin" kat pulau Koh Chang, salah satu event dia anjurkan. Tempat ni lawa, tak havoc macam Koh Phangan and Koh Samui. Koh Chang pulaunya more relaxing, chill and tak bising ngn kecoh sangat. Pulau tu pun terkenal dengan nama "The Lonely Island". Popularity manusia kat situ ada la dalam 5000 orang. Pulau ni 2nd largest Island in Thailand. Tahun lepas bulan November aku ada pegi ke sana untuk teman member aku "spin". Orang-orang kat sana pun boleh tahan friendly. Bagi aku orang yang inginkan percutian di pulau, mereka cuma inginkan kebebasan, keseronokkan tanpa ada sebarang gangguan. They just wanna have fun in freedom. Sebab bila kat town sendiri dengan bandar yang sibuk, jalan yang sesak, tekanan ditempat kerja dan macam-macam lagi problem, so pulau lah destinasi untuk orang-orang bandar untuk release segalanya. Kebelakangan ni aku sibuk lah carik lagu sana sini, pening susun lagu-lagu. Aku cuma nak hiburkan orang-orang yang ada disana. Melihat mereka terhibur dengan persembahan aku, itu sudah mencukupi untuk menghiburkan aku. Aku consider ni getaway trip aku sekejap sebelum busy kat office tu nak datang. So bagi aku chill jap kat pulau, alah aku pegi pun 4 hari 3 malam je, tak lama. Aku pun agak nervous jugak sebab ni first International gig aku, jadi aku nak buat terbaik dan aku tak nak hampakan member Thai aku. Bukan senang untuk DJ kat KL ni nak dapat gig kat negara jiran. Habis-habis, main kat Changkat Bukit Bintang. Sebab nasib seorang DJ kat KL ni tak berapa konsisten. Ramai sangat yang nak jadi DJ, aku pun bukan hebat tapi benda ni memang minat tu duduk dalam hati. Susah aku nak keluarkan minat tu. Keluar malam clubbing bukan lah aktiviti aku, aku cuma pergi club bila ada gig atau support orang-orang yang tertentu. Zaman clubbing dah lepas, aku pun terasa dah tua sikit dari dulu (gelak sikit). Skarang punya zaman ialah zaman budak-budak yang baru habis SPM terkinja-kinja kesana kemari dihari minggu dibawah lampu neon mencucuk langit yang berbumbung. Takde makna lah, menyampah aku tengok budak-budak ni ada la, tapi dulu i was in their pants too, lol.  Zaman berubah, perangai berubah kerana umur itu sendiri pun berubah. Masing-masing ada persepsi sendiri. But mostly I go for the sake of music not for the sake of "clubbing". Apa pun good luck untuk diri sendiri untuk perform kat Koh Chang nanti, hope everything goes smooth over there. Okay korang take care lah, aku akan tulis lagi bila senang nanti InsyaAllah. Assalamualaikum :)