Post aku yang lepas-lepas aku ada mention nak keluarkan kereta aku yang dah lama terbengkalai dalam MBSJ oleh kerana kena sita ngan diorang. 1st step aku dah berjaya keluarkan kereta tu dengan membayar sejumlah wang dan agak kopak jugak nak membayarnya tu. Bulan ni memang aku makan pasir lah. Apa pun kereta tu skarang Alhamdulillah dah masuk bengkel, mekanik aku cuba try tengok2 apa yang patut kena repair, nanti dia kasi aku quote. Petang tadi aku ada call dia tanya apa progress, and dia cakap kereta tu dah boleh start dah tapi masalahnya dia perlukan upfront sikit untuk dia proceed the next progress iaitu membikin kunci kereta yang ntah kemana hilangnya pergi. Ujung bulan je la jawapnya aku boleh kasi upfront tu kat dia. Bila dah settle kereta tu diperbaiki, aku ingat nak tolak kereta tu, balance kereta tu ada lagi RM15k lebih kurang 3 tahun lagi kena bayar. Adalah lebih elok aku tolak kereta tu and baru la aku boleh fikir macam mana nak apply loan untuk moto impian aku. Harap-harap, loan tu biar lepas la, kalau loan tu tak lepas, memang hancur lah angan-angan aku tinggal angan-angan jer. Sedihnya kalau camtu, tapi takpe lah aku sentiasa berdoa semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah. Oh yea, mungkin lepas kereta ni settle aku dah boleh start fikirkan untuk amek lesen B-Full. Wah kalau ada lesen B-Full ni, lagi berkobar la semangat aku nak bermoto ni kan. Dalam bidang permotoran, aku masih dibawah, moto kapcai pun aku jarang-jarang bawak, tapi aku ada basic la, boleh la bawak. Selok-belok atas jalanraya naik moto ni pun aku bukan nya biasa, itu yang aku nak biasakan dan banyak lagi aku nak belajar sebab aku start start je terus nak pakai moto besa, orang lain pakai moto besar sebab diorang upgrade dari kapcai ke moto besa. Banyak rintangan jalanraya di luar sana tu, jalan jammed tu biasa sangat, hujan lebat ape lagi, naik turun bukit semua kena tempuh. So itu pun aku amek sebagai satu cabaran jugak untuk aku. Tujuan aku nak ada moto besa ni bukan nya nak race-race kona baring tak ingat dunia dan family. Aku cuma nak ride dengan rasa freedom, make friends with other bikers ke, saja nak carik pengalaman berbeza dari lifestyle aku skang. Mana tau dari situ aku boleh lari dari social nightlife disorder aku ke kan, lagi elok. Kalau nak diceritakan pasal topik ni sampai bila pun tak habis, jadi kita tengok je lah macam mana nanti, ada ke takde rezeki aku nak dapat moto ke tak ni semua kita tak tau. Kita nantikan saja lah dengan penuh kesabaran. Aku habis kan post ni kat sini dulu ok? Assalamualaikum
Thursday, 5 April 2012
Angau Tak Habis-Habis
Teruk la aku macam ni kalau angau tak habis-habis. Boleh kata tiap-tiap hari aku angau dek topik yang sama. Topik apa? Apa lagi? Topik aku nak beli moto besa ler! Aduh, kalau macam ni aku memang kena usaha lebih lagi, moto yang aku nak sangat tu memang terbayang jer dalam kepala. Macam dah takde benda lain nak difikirkan lagi. Everyday bukak youtube, forum dan apa saja lah yang ada kait-mengait ngan moto yang aku nak ni. Walaumacamanapun aku tetap sabar, sabar menanti hari yang akan tiba, insyaAllah. Nak memiliki moto besa ni bukan senang rupanya, banyak halangan dan tempuhan aku kena lalu dulu (untuk aku je laaa, orang lain rilek je beli pakai lenjan). Takpe, kalau takde arah melintang, satu hari aku pasti akan memilikinya dan dengan bangganya aku park kat depan umah orang tua aku. Sebab orang tua aku cakap "angan-angan je lah". Aku pun sambil senyum dan berkata dalam hati "takpe, satu hari nanti, satu hari nanti".... Biarkanlah aku angau sebegini rupa teruknya. Namun ada step-step yang aku plan untuk mendapatkan moto ni. Bukan mudah, menyusun tangga ke angkasa, ek eh... Proses yang agak mengambil masa ini akan ku ambil kira setiap detik yang berjalan. Target bila tu memang takde and Wallahualam but I just need to believe in faith.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment