Wednesday, 18 January 2012

Keinginan or Desire.

 Setiap manusia ada keinginan. Keinginan yang tersentap dalam hati aku kali ni berbeza dengan lifestyle aku. Tapi memang ada satu masa tu tebabommm terdetik dalam hati aku untuk pakai motor berkuasa-tinggi. Sebelum ni aku tak pernah pun rasa nak bawak motor merempitkan diri, minat kat motor besar tu ada la dulu2, suka tengok motor besar tapi tak pernah plak rasa nak pakai. Tapi ini angin datang dari mana pun tatau tiba2 nak pakai moto berkuasa tinggi nih tanpa pngaruh member2 atau mana2. Which I think is very new to me. Jadi perasaan yang aku lalui ni sangat menghantui aku dari masa ke semasa. Memikirkan mcm mana nak carik bajet utk beli motor besar ni. Motor ni bukan nya murah, harga macam kereta. Berbeza lak dengan kereta, downpayment kereta biasa 10%, tapi kalau motor besar mau 20% ke 30% minimum diorang mintak. Apa yang memeningkan sekarang ialah cuma bajetnya. Komitmen aku dah melampau-lampau tapi berangan nak pakai moror besar. Walaubagaimanapun, pasti ada cara nya untuk mendapatkannya. Pelan2 kayuh la orang kata, ni pun one of aku nye resolution for 2012 ni. Apa plan aku? Plan aku pelan2 aku nak gi amek lesen B-Full dulu kasi settle. Skang aku ada pakai 2 kereta, dua-dua bayar bulan tapi satu kete tu memang jahanam tak jalan. So aku plan untuk tolak kete yang tak jalan tu dulu, kalau ada duit lebih baru la angkat itu moto. Masalah besar nye skang ni kete aku yang tak jalan tu mmg problem habeh, nazak nak mamps. Kena gi repair dulu baru pikir nak jual. Itupun satu hal pakai duit gak. Dalam dunia ni mostly mmg semuanya duit lah. Jadi ini adalah proses yang sangat slow bagi aku. Nak amek loan? Tak guna gak, gali lubang tutup lubang, gali balik sampai bila berlubang jer! Okay benda ni very slow and steady, and also one of my target to achieve for this year. Antara moto2 yang aku usha, ada dua bijik moto yang menjadi pujaan hatiku. Satu, Kawasaki Z750, yang ni kalau pakai memang aku lah paling ensem di dunia nih! Hahaha... lagi satu moto neh, KTM Duke 690 keluaran 2012. So dua ni memang selalu mennghantui hidup aku sejak2 kebelakangan nih. Korang nak tengok apa ruper moto neh... Usha gambar bawah ni amek feel sket.... Hehehe... 




 Kawasaki Z750R


KTM Duke 690 (2012)

1 comment: