Untuk tahun 2012 ni. Aku telah berazam untuk berubah. Apa yang nak aku ubah? First thing aku nak betulkan diri aku, berjinak mesra dengan Allah. Memang ini adalah perkara yang sangat sukar bagi semua pihak yang selalu pentingkan hiburan dalam hidup. Aku pikir2 balik, hiburan ni tak membawa kita ke kubur. Dikubur, kita diseksa. Kita sendiri tau apa kesalahan dunia kita. Namun proses ini memang akan mengambil masa tapi aku tak akan putus asa. Lagi satu ajal, kita tak tau bila nafas kita akan di tarik oleh malaikat. Jadi sempat ke kita berubah untuk menjadi seorang Muslim yang sejati? Yang taat pada peraturan Agama, yang betul kenal apa itu Halal dan Haram? Subhanallah, Na'uzubillah, Wallah'hualam.... Aku mohon ampun pada Allah supaya dosa2 aku buat sebelum ni, berikan aku petunjuk dan pedoman ke jalan yang benar iaitu jalan Islam. Aku teringin tengok diri aku sendiri berubah ke jalan Islam. Tetapi dunia ini penuh cabaran dan dunia ini cuma sementara. Kita hidup didunia ini untuk mencatit segala amal kita supaya boleh di timbang berat di akhirat nanti. Perlahan-lahan aku cuba untuk ubah. Yang pertama nya, kita kukuh kan Solat kita dulu yang mana sebelum ni kita abaikan saja. Cuba fikir, berapa banyak kali kita dah tinggal Solat? Banyak kan??? Tak leh nak kira... Jadi untuk tahun Hijrah 1433 ni aku cuba sedaya upaya untuk kurang kan dosa dan tingkatkan pahala. Aku anggap semua perkara buruk yang terjadi pada aku sebelum2 ni adalah pemberian Allah juga, dugaan yang aku tempuh, hasutan Syaitan yang tak habis-habis nak menjatuhkan Islam. Kita cuba lawan kita cuba tentang, Insya'Allah. Yang buruk tu kita tepis, yang baik tu kita perbanyakkan. Benda senang sebenarnya tapi dugaan memang tetap ada. Allah takkan beri kita dugaan sekiranya kita tidak mampu menghadapnya. Cara menghadap dugaan? Hubungi Allah SWT mohon petunjuk, bila dah dapat petunjuk maka kita sendiri kena buat keputusan.
Jadi perubahan yang seperti ini adalah proses yang sangat baik dan berguna untuk kita di akhirat nanti juga di dunia. Kita tak tau satu hari nanti kita diberikan rezeki yang melimpah. Tapi kalau kita tak bersyukur, Allah akan tarik balik dengan macam2 cara. Bak kata orang melayu "Melayu mudah lupa". Maksudnya, bukan lupa member, tapi bila kita dah kaya, kita lupa.. Lupa apa? Lupa untuk bersyukur pada-Nya, lupa untuk berzakat. Aku memang sangat berharap untuk berubah ke jalan Islam. Kerana aku percaya agama aku adalah agama Islam. "La'ilaha'illallah" (Tiada Tuhan yang aku sembah, melainkan Allah.) So jom kita ramai2 duduk termenung sekejap memikirkan pasal akhirat kita, amal kita semasa hidup didunia. Berbaloikah dengan apa yang kita buat didunia sebelum ni? Yang akan juga dipersoalkan dan dipertimbangkan di akhirat nanti. Bak kata ustaz kat Hot.FM tuh, "Renung-renungkan, selamat beramal"
Assalamualaikum :)
alhamdulillah, marilah berubah ke arah kebaikkan. tolak la kawan berparty. tak kemana pun abis party da tak fun da. elok2 la dekat kan diri dengan NYA. sesungguhnya hidup ku, mati ku, kerja ku tidur ku, ibadat ku, semuanya untuk mu dan atas keredhaan mu Ya Allah.
ReplyDelete