Saturday, 24 December 2011

2011 is ending, 2012 is up ahead....

 Yes! Dah tiba masanya untuk tamat tahun 2011 ni. Tahun ni aku bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang diberikan Alhamdulillah. Macam-macam dugaan pada kehidupan aku pada tahun ni baik pada perkara yang baik dan buruk. Yang buruk tu aku jadikan sebagai pengajaran supaya tidak akan mengulangi lagi dan yang baik tu skali lagi aku bersyukur terhadap-Nya. Tahun 2011 ni aku rasa aku cemerlang dalam kerja harian aku, rasa nya macam takde plak yang slack atau major problem so Alhamdulillah.... 

 Tahun baru akan datang 2012 ni aku ngan wife aku dah plan nak ke Bali utk celebrate kat sana, tiket pun dah beli. Tinggal tunggu nak bawak diri je ke sana and spend quality time ngan wife aku before we start a great new year coming.... So suweeet! Aku percaya korang masing2 ada plan dah mana nak pegi celebrate new year jadi pesanan aku biarlah selamat dan kalau boleh tu elakkan perkara2 yang boleh menjerumus kan kita ke arah kemaksiatan. Sebab aku rasa itu bukan satu cara untuk kita nak celebrate tahun yang baru akan datang. Kenapa aku choose Bali? Sebenarnya aku tak kisah pun mana2 cuma aku tak choose KL jer utk celebrate new year ni sbb KL mmg sgt bosan dan ape pun tak bleh! Hehe... Tapi masing2 ada pendapat sendiri, itu cuma pendapat aku laaa... Untuk tahun baru ni meh la kita doa sama-sama supaya kita ni dimurahkan rezeki yang melimpah ruah InsyaAllah, letakkan azam baru anda dan cuba untuk capai apa niat dan azam anda semua. Kita doakan yang baik-baik sahaja di tahun 2012 akan datang ni ok... So enjoy your New Year's Eve and be safe out there people.... Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment